32.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, February 8, 2023

Tular Poster Azmin Berkempen Dalam Sekolah

Hari ini tular dalam media sosial sebuah poster jemputan kepada orang ramai menghadiri ceramah politik Perikatan Nasional (PN) di dalam sebuah sekolah.

Poster tersebut dipercayai disebar dalam kalangan penduduk-penduduk Gombak.

Menurut maklumat yang tertera dalam poster berkenaan, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Gombak akan berada di Sekolah Menengah Kebangsaan Hillcrest pada pukul 3 petang, 4 November 2022 (Jumaat).

Friends of Selangor tidak dapat mengesahkan kesahihan program tersebut.

Walau bagaimanapun, beberapa penduduk di sekitar Gombak telah didakwa menerima jemputan tersebut daripada jentera PN.

Untuk rekod, sekutu Azmin dalam PN, iaitu Datuk Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin merupakan Menteri Pendidikan.

Azmin Ali dan Radzi Jidin

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

118,559FansLike
731FollowersFollow
962FollowersFollow

Berita Terkini