29.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 1, 2022

Tengku Zafrul: Saya Letak Jawatan Jika Pengeluaran ‘One-off’ KWSP Diluluskan

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz lebih rela meletak jawatan daripada berkompromi terhadap sebarang keputusan melibatkan kementeriannya yang difikirkan silap.

Jelas beliau, sebarang keputusan berkenaan termasuklah cadangan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara ‘one-off’ sebanyak RM10,000.

Tambah bekas Ketua Pegawai Eksekutif CIMB itu, tiada guna sekiranya cadangan itu diluluskan kerajaan, namun akhirnya memberi kesan mudarat kepada rakyat yang mempunyai simpanan KWSP rendah pada hari tua mereka.

“Saya rasa Menteri seperti saya jika tidak bersetuju dengan perkara yang salah, saya lebih rela untuk tidak melakukan dan meletakkan jawatan.”

“Ini bukan sekadar merujuk isu pengeluaran KWSP tetapi saya tidak akan berkompromi apabila melibatkan perkara yang betul atau salah.”

“Bagi saya, sekiranya keputusan itu salah, tiada sebab untuk kerajaan berkompromi.”

“Sekali lagi saya lebih rela meletak jawatan daripada melakukan perkara tidak sepatutnya,” katanya dalam satu wawancara eksklusif bersama Sinar Premium pada hujung bulan Januari yang lalu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tuntutan yang mendesak mahukan kerajaan meluluskan cadangan pengeluaran i-Citra bernilai RM10,000 secara ‘one-off’.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

118,559FansLike
731FollowersFollow
718FollowersFollow

Berita Terkini