32.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, February 8, 2023

SPR: Daripada 13 DUN, Hanya 3 Mengadakan Pilihan Raya Serentak

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan bahawa hanya tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) terbubar untuk mengadakan pilihan raya serentak dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Tiga DUN tersebut adalah DUN Pahang (42 kerusi), DUN Perlis (15 kerusi) dan DUN Perak (59 kerusi).

Menurut Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh, 10 DUN yang lain di seluruh negara tidak akan mengadakan pilihan raya serentak.

10 DUN yang akan meneruskan pentadbiran seperti biasa adalah Kedah (PAS/PN), Kelantan (PAS/PN), Terengganu (PAS/PN), Melaka (UMNO/BN), Johor (UMNO/BN), Pulau Pinang (DAP/PH), Negeri Sembilan (PKR/PH), Selangor (PKR/PH), Sabah (Bersatu/PN) dan Sarawak (GPS).

Sementara itu, SPR turut mengumumkan 5 November sebagai hari penamaan calon, manakala 15 November dan 19 November merupakan hari pengundian awal dan hari mengundi.

Tempoh berkempen pada PRU14 adalah 11 hari manakalah PRU13 pula adalah 15 hari.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

118,559FansLike
731FollowersFollow
962FollowersFollow

Berita Terkini