Seorang pemimpin kanan UMNO tidak lagi bersetuju dengan desakan agar simpanan Kumpulan Wang Pekerja (KWSP) dikeluarkan, selepas dilantik sebagai Pengarah Ekonomi Pejabat Perdana Menteri.
Shahril Hamdan semalam dilaporkan berkata, mangsa-mangsa banjir yang mempunyai simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak harus meminjam dari masa depan sendiri.
Beliau yang juga merupakan Ketua Penerangan UMNO menjelas, ia sekali gus mengelak pencarum daripada terlepas peluang pendapatan dividen tahunan KWSP tersebut.
Untuk rekod, Shahril pada bulan Julai 2021 pernah mendesak Kerajaan membenar membenar KWSP dikeluarkan.
Beliau kemudiannya dilantik sebagai Pengarah Ekonomi Jabatan Perdana Menteri pada bulan Oktober 2021.