26.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, August 17, 2022

Selangor Serah RM500 Kepada Penjaja-penjaja Bazar Ramadan Yang Terkesan Dengan PKP

Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju untuk menyerahkan bantuan sebanyak RM500 secara ‘one-off’, bagi meringankan beban peniaga-peniaga Bazar Ramadan di enam daerah yang terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan.

Menurut Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari dalam sebuah sidang media petang tadi, bantuan ini adalah susulan kepada pengumuman Kerajaan Persekutuan bahawa PKP akan dilaksanakan di enam daerah di Selangor bermula esok (Khamis) sehingga 17 Mei depan.

Sidang Media Menteri Besar Selangor petang tadi

“Kerajaan negeri juga membuat keputusan untuk memberikan bantuan RM500 kepada 11,000 peniaga bazar Ramadan yang terjejas susulan penutupan yang diumumkan hari ini.”

“Pemberian bantuan itu akan membabitkan peruntukan kira-kira RM5 juta dan dijangka akan mula diagihkan selepas Aidilfitri.”

Semalam, Kerajaan Persekutuan melalaui Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, enam daerah yang terlibat ialah daerah Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang.

Walau bagaimanapun, tiada sebarang bantuan yang diumum oleh Kerajaan Persekutuan.

 

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

118,559FansLike
731FollowersFollow
436FollowersFollow

Berita Terkini