32.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, August 17, 2022

Selangor Lancar Program Vaksin Sendiri

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari akan melancar Program Vaksin Selangor pada 28 Jun 2021, hari Isnin di Batu Caves.

Dipercayai, inisiatif tersendiri ini dijalankan kerana program vaksinasi yang sedang digerakkan oleh Kerajaan Persekutuan terlalu lambat.

Menurut statistik rasmi Kerajaan Persekutuan setakat 20 Jun 2021, Selangor merupakan antara negeri yang mempunyai kadar pendaftaran vaksin yang tertinggi di negara Malaysia.

Kadar pendaftaran ketiga tertinggi di negara

Namun, kadar suntikan vaksin di Selangor merupakan antara yang terendah di seluruh negara.

Antara negeri dengan kadar terendah suntikan

Untuk rekod, Kerajaan Negeri Selangor adalah negeri pertama yang melancarkan program perolehan vaksin sendiri.

Bagaimanapun, hasrat ini tertakluk kepada kerjasama Kerajaan Persekutuan yang pada ketika ini sedang “memonopoli” bekalan vaksin melalui Pharmaniaga dan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

Pada awal bulan ini, Amirudin telah mengumum peruntukan sebanyak RM200 juta untuk membolehkan seramai 1 juta penduduk divaksin.

Di peringkat Selangor, inisiatif proaktif ini akan digerakkan menerusi Selgate Corporation dan Selangor Health Care (SelCare).

(Maklumat lanjut akan dikemaskini dari masa ke semasa)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

118,559FansLike
731FollowersFollow
436FollowersFollow

Berita Terkini