32.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, February 8, 2023

Selangor Laksana Cuti Umum Pada 18 Nov

Kerajaan Negeri Selangor telah memutuskan untuk melaksanakan cuti sehari pada 18 November, sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRY15).

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari melalui suatu sidang media khas hari ini berkata, pelaksanaan cuti umum tersebut adalah untuk memudahkan pergerakan dan urusan para pengundi.

“Berikutan pendaftaran secara automatik serta penurunan had umur pengundi, Negeri Selangor mempunyai bilangan pengundi paling ramai di seluruh Malaysia iaitu sebanyak 3,677,848.”

“Terdapat juga jumlah warga Malaysia yang bekerja dan bermastautin di negeri Selangor tetapi mengundi di kampung halaman mereka di negeri lain.”

“Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri Selangor telah memutuskan secara amnya untuk memberikan cuti umum sehari sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15, iaitu pada Jumaat, 18 November 2022 dan juga pelepasan untuk mengundi pada 19 November 2022.”

Amirudin juga berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumum perkara yang sama untuk seluruh negara, agar lebih ramai rakyat Malaysia mampu menunaikan tanggungjawab mengundi.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

118,559FansLike
731FollowersFollow
962FollowersFollow

Berita Terkini