32.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, August 17, 2022

Selangor Laksana 5 Jenis Moratorium Melalui Kita Selangor 2.0

Walaupun tidak berkuasa ke atas bank-bank komersil, Kerajaan Negeri Selangor akan melaksana lima jenis moratorium untuk rakyat dan penduduk-penduduknya, melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Kita Selangor 2.0.

Ini lima moratorium yang terdapat dalam Pakej Kita Selangor 2.0:

1. MORATORIUM HIJRAH SELANGOR

Mengambil kira keadaan ekonomi yang tidak menentu, sejumlah 40,000 peminjam Skim Hijrah Selangor dibenar menangguh pembayaran semula selama 1.5 bulan.

2. MORATIUM PPR

Menginsafi hakikat bahawa ramai yang hilang punca pendapatan, sejumlah 2,632 penyewa rumah kos rendah di Selangor akan dibenar menangguh pembayaran sewa selama 1 bulan.

3. MORATORIUM SMART SEWA

Sejumlah 477 peserta Skim Smart Sewa dibenar menangguh pembayaran sewa selama 1 bulan.

4. MORATORIUM TABUNG KUMPULAN WANG BIASISWA NEGERI SELANGOR

Kesemua 1,300 penerima biasiswa TKWBNS yang menamatkan pengajian pada tahun 2021 dibenar menangguh pembayaran semula selama 12 bulan.

5. MORATORIUM YAYASAN SELANGOR

Kesemua 286 penerima biasiswa Yayasan Selangor yang menamatkan pengajian pada tahun 2021 dan mempunyai tunggakan tidak melebihi 3 bulan dibenar menangguh pembayaran semula selama setahun.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

118,559FansLike
731FollowersFollow
436FollowersFollow

Berita Terkini