26.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, August 17, 2022

Selangor Beli Vaksin Untuk 1 Juta Penduduk

Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan lebih RM200 juta untuk membolehkan sejuta penduduk menerima vaksin COVID-19.

Bagaimanapun, hasrat ini tertakluk kepada kerjasama Kerajaan Persekutuan yang pada ketika ini sedang “memonopoli” bekalan vaksin melalui Pharmaniaga.

Sekiranya Kerajaan Persekutuan tidak melakukan sabotaj, proses ini dijangka akan lancar dan boleh dimuktamadkan seawal minggu hadapan.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari semalam berkata, proses pembelian ini sedang diuruskan.

“Saya percaya, perbincangan pembelian vaksin di peringkat akhir. Minggu hadapan, kita sudah boleh mengesahkan proses itu.”

Beliau menambah, program vaksinasi Selangor akan digerakkan menerusi Selgate Corporation dan Selangor Health Care (SelCare).

Jelas beliau, itu antara usaha Kerajaan Selangor menampung keperluan dan mempercepat usaha imunisasi Kerajaan Persekutuan.

“Tumpuan (pemberian vaksin) itu juga nanti akan terarah kepada fasa kedua, iaitu membabitkan golongan warga emas dan golongan berisiko tinggi.”

“Kerajaan Persekutuan sudah melaksanakan suntikan mengikut senarai keutamaan. Kita (Kerajaan Selangor) pula akan laksanakan dalam kelompok lebih besar, selain tumpuan juga menjurus kepada sektor ekonomi.”

“Dengan cara itu, sektor ekonomi akan dapat berjalan dan kita dapat mengawal penularan dan mengurangkan kes COVID-19,” katanya.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

118,559FansLike
731FollowersFollow
436FollowersFollow

Berita Terkini