32.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, February 8, 2023

Sah! Pengerusi BN Selangor Digugur Dalam PRU15

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor serta Menteri Persekutuan, Tan Sri Noh Omar tidak akan dicalonkan oleh BN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Kelmarin, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang merupakan Pengerusi BN menamakan kebanyakan calon gabungan itu, kecuali untuk kerusi Tanjong Karang, sekaligus menimbulkan persoalan berhubung nasib Noh.

Selain Tanjong Karang, calon-calon untuk Bandar Tun Razak, Tumpat, Kuala Nerus, Jempol dan Kuala Pilah turut dikecualikan daripada pengumuman.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dalam suatu kenyataan hari ini berkata, kerusi Tanjong Karang akan ditandingi Ketua Wanita Bahagian Tanjong Karang, Datuk Habibah Mohd Yusof.

Sumber dalam UMNO berkata, tindakan Zahid menggugur Noh Omar sebagai calon adalah disengajakan sebagai amaran kepada pemimpin-pemimpin dalam UMNO.

Friends of Selangor difahamkam bahawa beberapa tindakan Noh Omar sejak kebelakangan ini telah mencetus kemarahan Zahid, khususnya berkenaan keputusan parti dan dana pilihan raya.

“Noh pun kelihatan seperti memihak kepada kem Ismail Sabri,” kata sumber yang merupakan pemimpin kanan UMNO Selangor.

Zambry turut mengesahkan pencalonan Datuk Khairuddin Aman Razali dan Datuk Che Abdullah Mat Nawi untuk mempertahankan Parlimen Kuala Nerus serta Tumpat.

Kedua-dua calon tersebut merupakan pemimpin PAS yang memenangi kerusi masing-masing pada PRU14.

Beliau turut mengumumkan calon BN bagi baki empat kerusi di Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

118,559FansLike
731FollowersFollow
962FollowersFollow

Berita Terkini