27.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, February 8, 2023

Sah! BN Bentuk Kerajaan Perpaduan Bersama PH, Anwar PM10

Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah membuat keputusan rasmi untuk menolak Perikatan Nasional (PN), sekaligus membentuk kerajaan perpaduan bersama Pakatan Harapan (PH) dan mengangkat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Melalui sebuah kenyataan media yang dikeluarkan pada awal pagi tadi, Datuk Seri Ahmad Maslan yang merupakan Setiausaha Agung UMNO berkata, MKT UMNO secara sebulat suara memutuskan untuk menyokong dan menjunjung titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong supaya BN menyokong dan mengambil bahagian dalam Kerajaan Perpaduan yang bukan diterajui oleh PN.

Ini bermakna, jumlah 30 Ahli Parlimen BN akan disumbangkan kepada PH untuk mencapai majoriti mudah melebihi 112 kerusi Parlimen.

Tambah kenyataan tersebut, semua wakil-wakil parti yang memenangi kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan mematuhi dan menerima sebarang bentuk Kerajaan Perpaduan atau lain-lain bentuk Kerajaan yang bakal dimasyhurkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Mesyuarat yang berrlarutan sehingga pukul 1 pagi itu turut memutuskan untuk memperkukuhkan sokongan terhadap YB Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO, untuk terus kekal menerajui sebagai Pengerusi BN dan sebulat suara menyokong beliau sebagai Presiden UMNO Malaysia.

Zahid Hamidi

Tarikh Perhimpunan Agung UMNO untuk tahun 2022 telah ditetapkan pada 21 sehingga 24 Disember 2022.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi, Dr. Puad Zarkashi melalui suatu hantaran di Facebook memberi isyarat bahawa BN telah memilih untuk bekerjasama dengan PH kerana PN telah menolak cadangan Kerajaan Perpaduan.

Mesyuarat MKT UMNO

“Di lobi PWTC ramai pemberita tanya “PH atau PN”. Jawapannya mudah. PN tolak Kerajaan Perpaduan. GPS akur titah YDP Agong.”

“Kerajaan Perak dan Pahang adalah “clue” terbaik. Sudah tentu bukan PN.”

Kerajaan kedua-dua negeri Perak dan Pahang yang dimaksudkan oleh Puad tersebut dibentuk oleh kerjasama di antara BN dan PH.

“UMNO akan turun ke bawah untuk beri penjelasan.”

“MCA dan MIC mesti terima kenyataan,” katanya.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

118,559FansLike
731FollowersFollow
962FollowersFollow

Berita Terkini