23.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, November 28, 2021

Rosmah: Saya Berkorban, Jadi Kambing Hitam Demi Najib

Rosmah Mansor mendakwa, beliau telah berkorban dan menjadi kambing hitam di media sosial demi suaminya, Datuk Seri Najib Razak.

Dalam perbicaraan mahkamah berhubung kes rasuah projek solar hari ini, Rosmah berkata, Najib pernah memaklumkan bahawa kritikan-kritikan netizen sebenarnya dituju kepada Najib, tetapi dirinya menjadi sasaran mudah.

“Saya bersedia berkorban diri sendiri demi suami. Saya terpaksa kerana saya isteri seorang ahli politik, lebih-lebih lagi Najib,” katanya semasa sesi pemerikasaan balas Timbalan Pendakwa Raya, Gopal Sri Ram.

Ketika ditanya lanjut, Rosmah menafikan bahawa gelaran First Lady of Malaysia (FLOM) telah diberi kepadanya, kerana ia cuma untuk urusan pentadbiran.

Sri Ram: Adakah anda bersetuju bahawa Flom adalah gelaran untuk anda sendiri?

Rosmah: Tidak.

Sri Ram: Anda memberi gelaran kepada diri sendiri?

Rosmah: Tidak. Tidak ada yang memberi saya gelaran itu. Itu hanya untuk tujuan pentadbiran.

Isteri bekas PM itu menambah, sebagai isteri Najib ketika itu, dia sibuk dengan banyak fungsi rasmi di Malaysia membabitkan program kebajikan seperti Permata Negara dan juga aktiviti luar negara seperti menyampaikan ucaptama pada majlis antarabangsa.

“Kehidupan saya sangat sangat sibuk sejak Najib dilantik PM. Saya juga dijemput memberi ucapan-ucapan penting di luar negara.”

Beliau juga menafi pernah mengarah pegawainya, Datuk Rizal Mansor menerima suapan dan wang rasuah dari Jepak Holdings Sdn Bhd.

Rosmah, 70, sedang menghadapi tiga tuduhan di bawah Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009.

Dalam pertuduhan pertama, dia dituduh meminta suapan RM187.5 juta dari Jepak Holdings Sdn Bhd untuk membantu mendapatkan projek solar dari Kementerian Pendidikan.

Projek bernilai RM1.25 bilion itu bertujuan untuk membekalkan tenaga kepada 369 sekolah luar bandar di Sarawak menggunakan gabungan tenaga solar dan diesel.

Dalam pertuduhan kedua dan ketiga, dia dituduh masing-masing menerima suapan RM1.5 juta dan RM5 juta sebagai ganjaran untuk mendapatkan projek tersebut.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

118,559FansLike
731FollowersFollow
438FollowersFollow

Berita Terkini