32.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, February 8, 2023

Ronnie Liu Buat Hal Lagi

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek, Ronnie Liu Tien Khiew telah sekali lagi terlibat dalam masalah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Senior Asisten Komisioner Mohd. Yusri Othman berkata, Ronie sedang disiasat di bawah dua kesalahan, iaitu Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam dan Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPPB) 2021 kerana merentas daerah dan negeri.

“Daripada kebenaran rentas negeri memang dia ahli politik, apapun kita buka juga siasatan di bawah Peraturan 17 PPPPPB kerana walaupun dia boleh rentas negeri tetapi bergantung kepada prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN).”

“Jadi kita buka juga siasatan dan siasatan sedang giat dilakukan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Hari ini proses permohonan reman 18 pekebun durian Musang King di Kompleks Mahkamah Raub kecoh selepas berlaku pertengkaran antara pihak berkuasa dan beberapa pemimpin politik.

Pertengkaran mula hangat selepas seorang anggota polis meminta orang ramai termasuk pemimpin politik keluar daripada kawasan mahkamah selepas individu yang direman dibawa keluar.

Untuk rekod, Ronnie juga merupakan bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (EXCO), di antara tahun 2008 sehingga tahun 2013.

Menteri Besar pada ketika itu merupakan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

118,559FansLike
731FollowersFollow
962FollowersFollow

Berita Terkini