32.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 22, 2023

PN Mungkin Pertaruhkan Azmin Sebagai Calon MB Selangor

Perikatan Nasional (PN) mungkin mempertaruhkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor, sekiranya berjaya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) kelak.

Timbalan Pengarah Jentera Pilihan Raya PN Selangor, Datuk Dr. Zulkafperi Hanapi berkata, peluang sentiasa terbuka kepada bekas Menteri Besar itu untuk kembali menerajui pentadbiran negeri ini.

Namun, keputusan itu terserah kepada kebijaksanaan kepimpinan PN dalam menentukan calon terbaik menjawat jawatan penting tersebut.

“Insya-Allah, pengalaman beliau mampu ke arah itu dan membantu kemenangan kita di Selangor nanti,” katanya ketika dihubungi pada hari ini.

Jelas Zulkafperi, Azmin yang juga Ketua Penerangan PN bagaimanapun berdepan tugas berat mempertahankan kerusi DUN Bukit Antarabangsa yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Kerusi DUN itu dijangka sengit kerana pengundi Melayu tidak sampai 50 peratus dan ia semestinya sukar.”

“Kita tidak menolak kemungkinan sama ada beliau kekal di kerusi Bukit Antarabangsa atau memilih DUN lain yang mungkin berpihak kepada PN,” ujarnya.

Selain Zulkafperi, seorang lagi bekas ADUN yang enggan dinamakan berkata, faktor Azmin Ali berupaya memberi cabaran kepada PH memandangkan bekas Menteri Besar Selangor itu masih mempunyai pengaruh yang kuat.

“Azmin mungkin kalah di Parlimen Gombak, tetapi PRN adalah berbeza.”

“Pada November, rakyat mahu melihat Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri.”

“Kini, beliau (Anwar) sudah menjadi Perdana Menteri, jadi pengundi Selangor mungkin mempunyai keutamaan lain,” katanya.

Pemimpin PH itu berkata, Azmin Ali juga akan menggunakan rekod prestasinya ketika mentadbir Selangor ketika masih bersama PH.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

118,559FansLike
731FollowersFollow
962FollowersFollow

Berita Terkini