28.6 C
Kuala Lumpur
Monday, May 23, 2022

PM: Mangsa-mangsa Banjir Banyak Alasan, Tidak Mahu Berpindah Walaupun Disuruh

Walaupun pasukan penyelamat telah menggerakkan aset dalam kejadian banjir di Selangor pada 18 Disember yang lalu, beberapa kekangan telah menyebabkan mereka menghadapi kesukaran untuk meneruskan operasi.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berkata, ia termasuk kesukaran bot-bot penyelamat untuk bergerak di dalam kawasan banjir, kerana tersangkut pada kenderaan yang tenggelam di kawasan terjejas.

“…bermula pada petang Sabtu, 18 Dis 2021, PDRM (Polis Di Raja Malaysia) JBPM (Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia), ATM (Angkatan Tentera Malaysia) dan APM (Angkatan Pertahanan Awam) sebenarnya telahpun menggerakkan pasukan masing-masing bagi memindahkan mangsa.”

“Namun demikian, kerja-kerja menyelamat menjadi lebih sukar berikutan kenderaan yang terperangkap di jalan utama sehingga menghalang kenderaan penyelamat memasuki kawasan perumahan, sehingga ada keadaan aset-aset menyelamat terpaksa dipikul ke kawasan terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menerangkan situasi bencana banjir pertengahan Dis 2021 pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini.

Ismail Sabri menambah, keengganan mangsa-mangsa meninggalkan kediaman mereka juga menyumbang kepada kelewatan operasi pemindahan.

“Mahu menyelamatkan harta benda, jarak Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang agak jauh dari rumah, bimbang rumah dimasuki pencuri serta bimbang risiko jangkitan COVID-19 di PPS, menjadi antara alasan penduduk enggan untuk berpindah,” katanya.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

118,559FansLike
731FollowersFollow
438FollowersFollow

Berita Terkini