28.6 C
Kuala Lumpur
Monday, May 23, 2022

PM Luluskan Pengeluaran KWSP Kerana Takut Dibelasah Dalam PAU2021

Pengeluaran KWSP telah diluluskan secara mengejut, agar Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang semakin tidak popular dapat elak daripada dibelasah teruk oleh para perwakilan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2021?

Demikian persoalan yang timbul dalam kalangan netizen.

Untuk rekod, PAU 2021 yang bermula pada 16 Mac akan berlangsung sehingga 19 Mac 2022.

Sementara itu, pengeluaran KWSP secara “one-off” pula diumum pada hari pertama PAU 2021.

Berikutan pengumuman tersebut, Azmi Tarmizi yang merupakan Setiausaha Akhbar kepada PM telah memberi bayangan bahawa keputusan ini dibuat atas pertimbangan politik.

“Right timing, bos,” katanya.

Beberapa netizen yamg melihat perkongsian tersebut turut mempersoal tindakan kerajaan.

“Maksudnya kelulusan KWSP boleh dibuat lebih awal, seperti ketika negara dilanda banjir teruk pada Disember 2021.”

“Tapi kamu buat keputusan ini atas dasar pertimbangan politik, sebelum PAU 2021,” kata Tun Izhalmi.

Selain Tun Izhalmi, Said Azlan yang memerhati pengumuman tersebut turut memberi pandangan beliau.

“Cerdik juga Datuk Seri Ismail Sabri kerana umum pengeluaran KWSP RM10,000 ketika Perhimpunan Agung UMNO baru bermula.”

“Jika tidak, pasti kena belasah dalam ucapan para perwakilan yang hadir untuk bersidang.”

Menurut sumber yang terdekat, PAU 2021 bakal menyaksikan pergolakan dalaman UMNO yang semakin ketara di antara kem yang diketuai oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan kem yang diketuai oleh PM, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sebelum ini, kem Zahid telah beberapa kali menggesa pengeluaran KWSP diluluskan.

Walau bagaimanapun, PM Ismail Sabri enggan bersetuju dengan desakan tersebut.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

118,559FansLike
731FollowersFollow
438FollowersFollow

Berita Terkini