26.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 22, 2023

Pimpinan PAS Gambarkan Israel Sebagai “Negara” Dalam Parlimen

Persidangan Dewan Rakyat yang bermula sejak semalam telah melihat sekurang-kurangnya dua wakil rakyat PAS menggambarkan Israel sebagai sebuah negara.

Semalam, Datuk Awang Hashim yang merupakan Ahli Parimen Pendang telah mencabar Kerajaan Persekutuan menunjukkan contoh negara lain di mana sebuah Kerajaan Perpaduan mempunyai pembangkang.

Dalam perbahasan Awang, pemimpin PAS itu telah menyenaraikan Israel sebagai negara contoh.

“Beritahu negara Kerajaan Perpaduan mana yang ada pembangkang, termasuk Israel dan Zimbabwe.”

Selain Awang, Datuk Seri Shahidan Kassim yang merupakan Ahli Parlimen Arau turut menyebut Israel sebagai negara.

Melalui perbahasan Shahidan pada hari ini, bekas pemimpin UMNO itu telah menyebut Israel sebagai sebuah negara apabila mempertikai kebenaran tidak memakai tali leher dalam Parimen.

“Yang saya tengok, negara-negara yang mengamal tidak pakai tie (tapi leher) ialah Israel dan Singapura.”

Pertikaian Shahidan kemudiannya dibalas oleh Speaker Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul yang menyatakan bahawa kebanyakan Parlimen di negara-negara Arab tidak memakai tali leher.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

118,559FansLike
731FollowersFollow
962FollowersFollow

Berita Terkini