Kerajaan Negeri Selangor membuka Bantuan Khairat Kematian Covid-19 bermula 12 Julai hingga 12 Ogos 2021.
Bantuan ini adalah selaras dengan pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi yang berjudul Kita Selangor 2.0 yang diumum oleh Dato’ Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari pada 9 Jun yang lalu.
Melalui bantuan ini, sejumlah RM1.5 juta telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk membantu 1,500 keluarga.
Pemohon boleh merupakan waris anak-anak kelahiran Selangor ataupun pemastautin tetap melebihi 10 tahun di negeri Selangor.
Maklumat lanjut berkenaa bantuan ini boleh dirujuk di friendsofselangor.com/permohonan-bantuan.