27.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, February 8, 2023

PBM Bergolak, Proksi-proksi Zuraida Digantung Berkuatkuasa Serta Merta

Belum genap usia setahun, Parti Bangsa Malaysia (PBM) telah berpecah kerana pergolakan dalaman.

Larry Sng yang merupakan Presiden PBM pada hari ini mengumumkan bahawa Setiausaha Agung dan Ketua Penerangan PBM digantung berkuatkuasa serta-merta.

Melalui sebuah kenyataan yang dimuatnaik ke Facebook, Larry berkata Nor Hizwan Ahmad dan Zakaria Abdul Hamid telah digantung berhubung mesyuarat Majlis Tertinggi parti yang berlangsung pada 7 Oktober lalu.

Hizwan dan Zakaria

Mesyuarat tersebut telah melantik Datuk Zuraida Kamaruddin sebagai Presiden.

“Saya hanya dimaklumkan hasil mesyuarat itu selepas ia diadakan. Keputusan mesyuarat itu dikatakan telah melantik Zuraida sebagai Presiden, sedangkan jawatan itu tidak pernah dikosongkan,” katanya, yang menambah mesyuarat itu dijalankan tanpa arahannya.

Larry turut mengecam tindakan itu sebagai “muslihat politik” dan berkata ia menjejaskan kepimpinannya dan menimbul kekeliruan dalam kalangan ahli-ahli PBM serta masyarakat umum.

“Oleh itu, jawatan mereka akan digantung sehingga jawatankuasa tatatertib ditubuhkan untuk meneliti perkara itu selepas pilihan raya.”

Untuk rekod, Hizwan dan Zakaria merupakan orang kuat Zuraida.

Sebelum menyertai PBM, mereka pernah menjadi ahli dan pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan juga Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Semalam, Larry menegaskan beliau masih Presiden PBM dan akan menandatangani surat watikah calon untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menegaskan yang beliau tidak pernah meninggalkan jawatan nombor satu parti, Larry berkata beliau akan bertanding pada PRU15 atas tiket PBM.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

118,559FansLike
731FollowersFollow
962FollowersFollow

Berita Terkini