32.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, February 8, 2023

Orang Kuat Najib Mungkin ‘Dipancung’ Oleh Zahid

Ahli Kerja Tertinggi UMNO, Hizatul Isham Abdul Jalil kemungkinan besar akan digugurkan dari senarai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) nanti.

Menurut seorang sumber yang merupakan pemimpin kanan UMNO Selangor, ini kerana Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu mengukuhkan kedudukan dalam parti, selain menangkis sentimen negatif yang telah menjadi sinonim dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Orang-orang yang pernah dikaitkan dengan Najib akan dipancung oleh Presiden terlebih dahulu.”

“Termasuk Isham. Dia rapat dengan Najib.”

Untuk rekod, selain menjadi Setiausaha Sulit kepada Najib, Isham merupakan antara penyokong paling tegar bekas PM yang kini dipenjarakan itu.

Pada 17 Oktober yang lalu, friendsofselangor.com melaporkan bahawa Isham telah mengadakan kutipan dana untuk perjuangan politik, deposit pilihan raya dan perbelanjaan kempen peribadinya.

Sebelum itu, Isham telah menyatakan berhasrat untuk dicalonkan dalam PRU15, selepas digugur dalam PRU14.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

118,559FansLike
731FollowersFollow
962FollowersFollow

Berita Terkini