Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah pagi tadi telah berkongsi kenyataan Datuk Seri Amirudin Shari yang menyekolahkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Dalam suatu pengumuman khas semalam, Datuk Seri Amirudin Shari yang merupakan Menteri Besar Selangor berkata bahawa 91% kluster di negeri ini berpunca daripada pekerjaan, iaitu 80% kluster perkilangan dan 11% kluster tapak binaan.
Baru-baru ini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah meminta orang ramai supaya tidak menyalahkan sektor pembuatan dan perkilangan.
Dakwa Azmin, kes positif Covid-19 melibatkan sektor pembuatan dan perkilangan hanya 5 hingga 10 peratus sahaja.