30.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, February 8, 2023

Noh Omar Ternganga, Pucat Selepas Namanya Tidak Diumum Sebagai Calon

Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar kelihatan ternganga dan pucat selepas namanya tidak diumum sebagai calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Dalam sebuah video yang menjadi tular sejak semalam, penyandang Parlimen Tanjong Karang itu dilihat bertemu dengan penyokong-penyokongnya di sebuah bilik gerakan BN.

Pertemuan tersebut dipercayai diadakan selepas Majlis Pengumuman Bakal Calon BN oleh Zahid di PWTC, Kuala Lumpur.

Sumber dalam UMNO berkata, tindakan Presiden Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak mengumum Noh Omar sebagai calon adalah disengajakan sebagai amaran kepada pemimpin-pemimpin dalam UMNO.

Zahid Hamidi

“Saya ingat Presiden sedang menghantar mesej dan amaran kepada pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli UMNO.”

“Presiden sedang menunjukkan kem Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) siapa bos sebenar.”

Zahid Hamidi dan Ismail Sabri

Menjelaskan pergolakan dalaman yang sedang berlaku di dalam UMNO, sumber yang juga merupakan seorang pemimpin kanan UMNO Selangor berkata, beberapa tindakan Noh Omar sejak kebelakangan ini telah mencetus kemarahan Zahid.

“Saya ingat ada beberapa sebab. Antaranya berkenaan keputusan parti dan dana pilihan raya. Beberapa kehendak Presiden tidak dipatuhi. Noh pun kelihatan seperti memihak kepada kem Ismail Sabri.”

Untuk rekod, Noh Omar merupakan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi di bawah Kabinet Ismail Sabri.

Tempat Noh dikatakan bakal diganti oleh Ketua Wanita UMNO Bahagian Tanjong Karang, Datuk Habibah Yusof.

Dalam majlis yang berlangsung semalam, Zahid turut mengumum bahawa penyandang kerusi Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin tidak akan bertanding di kerusi berkenaan.

Sebaliknya, Khairy yang juga merupakan Menteri Kesihatan di bawah kabinet Ismail Sabri akan bertanding di sebuah kubu kuat PKR, iaitu Sungai Buloh.

Khairy Jamaluddin

Friends Of Selangor dimaklumkan bahawa keputusan untuk mencalonkan Khairy di Sungai Buloh adalah langkah Zahid untuk menamatkan karier Khairy.

Ini kerana Khairy turut dilihat sebagai memihak kepada kem Ismai Sabri.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

118,559FansLike
731FollowersFollow
962FollowersFollow

Berita Terkini