30.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, January 16, 2022

Najib “Tolak” Permohonan Tanah, Rumah Bernilai RM100 Juta

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah memutuskan untuk membatalkan hasratnya mendapatkan sebidang tanah dan sebuah rumah di Kuala Lumpur yang bernilai RM100 juta.

“Saya faham bahawa sekarang ini kerajaan harus memberi fokus kepada kebajikan rakyat.”

“Oleh itu saya membuat keputusan untuk menolak tawaran tersebut,” katanya pada sidang media hari ini.

Permohonan Najib telah mencetuskan kontroversi dalam Dewan Rakyat semalam, selepas dibongkar oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam Dewan Rakyat semalam.

Mahathir Mohamad

“Mengikut aturan peraturan, bajet kita perlu dikemukakan di Dewan (Rakyat) ini supaya dapat dibahas dan ditentukan sama diluluskan atau tidak.”

“Sepatutnya Menteri Kewangan menjelaskan semua item dalam bajet tetapi sekarang ini ada satu item yang tidak disebut tetapi ketika ini sudah timbul dalam kalangan orang ramai.”

“Bajet ini berkenaan dengan hadiah kepada Najib iaitu rumah bernilai RM100 juta kerana kononnya jasanya kepada negara.”

“Ini tidak disebut kerana setakat yang kita tahu, dia (Najib) adalah seorang pesalah yang dihukum 12 tahun penjara dan denda lebih RM200 juta.”

“Inikah jasa yang kerajaan yang ada hari ini nak balas budi?

“Akan datang nanti, Perdana Menteri akan curi duit kerana dapat tambah duit lagi.”

“Ini adalah kerajaan baharu dan dasar baharu,”

Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz mengesahkan bahawa Kabinet telah menerima satu permohonan untuk menghadiahkan sebidang tanah dan sebuah rumah kepada Ahli Parlimen Pekan yang dianggarkan bernilai RM100 juta.

Susulan itu, Najib melalui sebuah posting dalam Facebook semalam mengaku pernah membuat permohonan tersebut pada tahun 2018.

Related Articles

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

118,559FansLike
731FollowersFollow
443FollowersFollow

Berita Terkini