Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akhirnya bermesyuarat, selepas empat hari banjir melanda dan 14 nyawa diragut.
Sumber mendedahkan, agensi itu yang menerima kritikan mengenai pengurusan banjir di Lembah Klang, pada mulanya teragak-agak untuk bertindak.
Tetapi akhirnya diarah untuk menjadi sekretariat utama pada sebelah petang 20 Disember (Isnin), susulan Mesyuarat Khas Penyelarasan Bencana Negara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri.
Menurut sebuah posting yang dimuatnaik oleh Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, pada hari Selasa, NADMA juga akhirnya bertindak selepas menerima kritikan hebat.
“Baru sahaja selesai menghadiri Mesyuarat Khas Pengurusan Bencana bersama Menteri Besar dan Ketua Menteri serta sekretariat daripada NADMA secara atas talian pada jam 10 pagi tadi,” katanya sekitar tengahari Selasa, 21 Disember.
Negeri Selangor merupakan antara negeri yang paling teruk terkesan akibat bencana ini.