27.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 1, 2022

Menteri: NADMA Tidak Terlibat Dalam Pengurusan Banjir Kerana Kos Terlalu Tinggi

Agensi Pengurusan Bencana Negara Jabatan Perdana Menteri (NADMA) tidak terlibat secara langsung dalam urusan kejadian bencana alam seperti banjir di peringkat negeri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, NADMA juga tidak bercadang untuk menempatkan pejabat dan kakitangannya di peringkat daerah kerana ia melibatkan kos yang besar.

“Saya minta wakil rakyat jangan meletakkan sepenuhnya kepada NADMA. Ia sepatutnya menjadi tanggungjawab bersama kerajaan negeri, kerajaan tempatan dan pusat.”

“Kalau hal ehwal yang berkaitan dengan banjir atau bencana, perlu dikongsi oleh pihak ini (kerajaan negeri dan kerajaan tempatan), jangan bulat-bulat serahkan kepada NADMA di peringkat pusat.”

“Kerajaan negeri melalui wakil rakyat dan Ketua Jajahan ada peranan masing-masing dalam hal ini,” katanya dalam sesi menjawab perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 di Parlimen, hari ini.

Tambah pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu, NADMA hanya menjaga urusan dalam pemberian pampasan kepada mangsa selepas mendapat maklumat dan senarai daripada negeri.

Untuk rekod, menurut perisytiharan harta yang dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Abdul Latiff menerima sekitar RM89,900 dalam bentuk bentuk gaji dan imbuhan setiap bulan.

Related Articles

9 COMMENTS

  1. Tutup saja (bubar) NADMA. Merugikan dan memalukan jabatan kerajaan. Tugas bencana telah lama dikoordinasi oleh MKN. Penambah baikan telah lama diadakan, Angkatan Pertahanan Awan dgn aset2. Kita ada agensi yg berpangalaman seperti bomba. ATM walaupun tugas bencana sebagai “secondary task” mereka mempunyai moto “first to be on the ground”. Cuma aset ATM adalah lama, terlalu kurang peruntukan utk bencana terutama banjir.
    Kalau setakat nak bg pampasan, itu budak sekolah boleh buat. MKN dgn mudah boleh atugerakan pejabat daerah.
    Kalau alasan covid, MKN boleh koordinasi, sebab ajensi pelaksana adalah KKM.
    Malaysia telah lama ada agensi bagi menagani banyak masalah, Kerajaan perlu bijak memberi tanggung jawab. Beri kepercayaan dan tanggung jawab kpd ajensi/Jabatan kerajaan melaksanakan tugas mereka. Jangan mengubah sebab politik berlainan atau ada kepentingan. Yg baik perlu dikekalkan.

  2. Tak pernah berlaku dlm.sejarah Malaysia sejak BN memerintah rakyat 12 jam dudok atas bumbung rumah berhujan…dahulu masuk jer Nov. kerajaan dah buat persiapan banjir..semua Jabatan2 terkait s/by.

  3. Tidak layak jadi menteri. Bukan soal negeri dibawah pembangkang, NYAWA MANUSIA!!!! Dimana sifat kemanusiaan kamu Datok Dr Abd Latif Ahmad. LETAK JAWATAN atau PM turunkan dari jawatannya.

  4. Kenapa Jawapan menteri semua nak lepas tgn? apa funsig NADMA tu. Seingat saya zaman PH NADMA dipengerusikan oleh TPM dan mrk sering buat mesyuarat tergempar walaupun hr Ahad. Satu satu musibah melanda sejak Kjaan dibentuk dgn kaedah yg pelik.

  5. Sekiranya seseorang itu menerima upah setimpal tugas yang diberi tetapi gagal untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab tersebut maka upah itu jatuh haram. Tak percaya tanyalah Ustaz.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

118,559FansLike
731FollowersFollow
718FollowersFollow

Berita Terkini