27.8 C
Kuala Lumpur
Monday, May 23, 2022

MCA Tidak Setuju PKS Diwajib Melaksanakan Gaji Minima RM1,500

MCA tidak setuju perusahaan-perusahaan kecil dan sederhana (PKS) diwajib melaksanakan gaji minima sebanyak RM1,500 sebulan, sebaliknya mahu masa antara 3 hingga 5 tahun diberi.

Saw Yee Fung yang merupakan jurucakap MCA dalam suatu kenyataan hari ini berkata, PKS tidak seharusnya dibiarkan gulung tikar pada saat industri ini baru hendak pulih akibat pandemik Covid-19.

“Kerajaan disarankan agar menetapkan suatu tempoh antara 3 hingga 5 tahun diberikan kepada para PKS sebelum mewajibkan mereka melaksanakan gaji minimum baharu ini sepenuhnya.”

Tambah Setiausaha MCA Pahang itu, MCA amat mengalu-alukan penangguhan gaji minimum ini kepada PKS, kerana menurutnya, terlalu ramai peniaga kecil yang masih bergelut untuk memenuhi dan menampung perniagaan mereka termasuk perlu membayar gaji pekerja.”

Baru-baru ini, Kerajaan telah meluluskan pelaksanaan kadar gaji minima daripada RM1,200 kepada RM1,500 sebulan berkuatkuasa 1 Mei, dengan penguatkuasaan melibatkan syarikat-syarikat besar dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sahaja.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

118,559FansLike
731FollowersFollow
438FollowersFollow

Berita Terkini