27.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 1, 2022

MB Tegaskan, Vaksin Adalah Percuma, Majikan Dilarang Caj Pekerja

Kerajaan Negeri Selangor telah sekali lagi menegaskan bahawa pekerja-pekerja akan divaksin secara percuma kerana majikan dilarang mengalih kos pemvaksinan kepada pekerja.

Ini berikutan fitnah yang menuduh Kerajaan Negeri Selangor mengenakan bayaran sebanyak RM350 kepada individu-individu yang mengambil vaksin melalui Program Vaksin Selangor (SelVAX).

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari melalui suatu pengumuman khas semalam berkata, dakwaan-dakwaan yang dilempar oleh Perikatan Nasional dan Barisan Nasional adalah tidak benar sama sekali.

“Penting dinyatakan di sini, syarikat yang mengambil bahagian tidak dibenarkan mengenakan sebarang kos ke atas pekerja mereka.”

Beliau menambah, tindakan undang-undang boleh dikenakan terhadap majikan-majikan yang berbuat sedemikian.

“Ini (larangan mengalih kos) termaktub dalam perjanjian dan borang ‘consent form’. Tindakan undang-undang boleh diambil kepada para majikan yang mengenakan caj-caj bayaran kepada pekerja.”

Jelas Amirudin, matlamat utama pelaksanaan SelVAX adalah untuk melengkapi pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dan memastikan imuniti berkelompok dicapai.

“Dengan pelaksanaan SelVAX ini dan tambahan bekalan vaksin dari Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) dijangka jumlah suntikan vaksin akan meningkat ke 135,000 dos pada Julai dan 165,000 dos vaksin pada Ogos.”

“Program SelVAX hanya dapat berjaya dengan kerjasama semua. Pelaksanaan program ini diharapkan akan mempercepatkan peralihan keluar daripada keadaan meruncing sekarang.”

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

118,559FansLike
731FollowersFollow
731FollowersFollow

Berita Terkini