32.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 22, 2023

MB Perhalusi SOP Pelawat Dari China Bersama KKM, KDN

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari akan mengadakan perbincangan bersama Kementerian Kesihatan dan Kementerian Dalam Negeri berkenaan prosedur operasi standard (SOP) kemasukan pelawat dari China.

Ini susulan pengumuman China bahawa syarat kuarantin terhadap pelancong antarabangsa akan ditarik balik bermula 8 Januari 2023.

Kata Amirudin pada hari Khamis, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 1 dan 2 yang terletak di Selangor merupakan pintu masuk utama negara.

Oleh itu, pihaknya perlu melakukan sesuatu agar rakyat di Selangor tidak menerima kesan negatif.

Untuk rekod, keputusan Beijing dijangka membawa masuk tiga juta pelancong ke Malaysia, sekali gus membantu meningkatkan ekonomi negara.

Walau bagaimanapun, kelonggaran yang diumum oleh Beijing telah mengakibatkan kebimbangan masyarakat awam.

Di pihak negeri Selangor, beberapa inisiatif seperti penggalakkan penggunaan pelitup muka telah bermula di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT).

Di antaranya Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

Bermula 1 Januari 2023 pula, penjaja dan pengusaha restoran negeri akan diwajibkan memakai pelitup muka bagi tujuan menambah keyakinan para pelanggan dan meningkatkan tahap kebersihan dalam pengendalian makanan, selain membendung penularan Covid-19 dan isu keracunan makanan.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

118,559FansLike
731FollowersFollow
962FollowersFollow

Berita Terkini