31.4 C
Kuala Lumpur
Monday, May 23, 2022

MB Johor Yang Baharu Merupakan Bekas ‘Cytro’ Najib

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap, Onn Hafiz Ghazi telah mengangkat sumpah Menteri Besar Johor yang baharu hari ini.

Beliau yang juga merupakan anak saudara kepada Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pernah mengambil upah sebagai ‘cytro’  untuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dalam perbicaraan kes rasuah Najib berhubung SRC International Sdn Bhd pada 23 April 2019, Onn Hafiz telah memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa syarikat miliknya, Vital Sphere Sdn Bhd telah menerima sekeping cek bernilai RM240,000 pada 30 Januari 2015 untuk mengasas portal Malaysian Digest.

Mahkamah turut diberitahu bahawa portal tersebut berfungsi sebagai “penyebar berita dan pematah berita palsu”.

Portal tersebut ditutup pada Julai 2018 selepas Barisan Nasional (BN) kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-14.

Najib kemudiannya disabit kesalahan berhubung pengubahan wang haram, penyalahgunaan kuasa dan pecah amanah bernilai RM42 juta.

Mahkamah juga menjatuhlan hukuman 12 tahun penjara dan denda sebanhak RM240 juta ke atas Najib.

Sumber memaklumkan bahawa Onn Hafiz yang berumur 43 tahun, mempunyai sokongan dari pihak Istana.

Selain sokongan pihak Istana, sumber yang rapat juga mendedahkan bahawa Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyokong lantikan Onn Hafiz.

Untuk rekod, Onn Hafiz merupakan cicit kepada pengasas UMNO, Datuk Onn Jaafar dan juga cucu kepada Perdana Menteri ketiga Malaysia, Tun Hussein Onn.

Bekas EXCO Johor itu juga bersaudara dengan Najib, kerana isteri Tun Abdul Razak (ayah Najib) dan isteri Tun Hussein Onn merupakan adik-beradik.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

118,559FansLike
731FollowersFollow
438FollowersFollow

Berita Terkini