32.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, February 8, 2023

MB, Dua Ahli MMKN Selangor Bercuti Sepanjang Tempoh Kempen PRU15

Dato’ Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan bahawa beliau akan mengambil cuti dari tugas rasmi sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Amirudin yang merupakan calon Pakatan Harapan (PH) di Parlimen Gombak berkata, sepanjang tempoh itu, ketetapan tersebut dibuat agar aset-aset kerajaan negeri seperti kenderaan jabatan, kakitangan awam dan sebagainya tidak disalahgunakan untuk kepentingan politik peribadi.

Selain Amirudin, dua lagi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), iaitu Rodziah Ismail dan Ganabatirau Veraman turut mengambil cuti daripada tugasan rasmi.

Rodziah, Ganabatirau

Rodziah merupakan calon bagi kerusi Parlimen Ampang manakala Ganabatirau merupakan calon bagi kerusi Parlimen Klang.

“Dimaklumkan bahawa MMKN Selangor yang telah bersidang pada hari Rabu, 2 November 2022 telah bersetuju dengan ketetapan bahawa Ahli-ahli MMKN Selangor yang akan terlibat secara langsung selaku calon PH untuk PRU15 bermula dari Hari Penamaan Calon pada 5 November 2022 sehingga 19 November 2022 akan bercuti dari tugasan rasmi bagi menjamin kebertanggungjawaban sepanjang tempoh PRU berlangsung,” kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Sekretariat Akhbar Menteri Besar Selangor pada hari ini.

Pada hari Khamis, Friends Of Selangor telah melaporkan bahawa calon Perikatan Nasional (PN) untuk kerusi Parlimen Gombak, iaitu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sedang menggunakan fasiliti-fasiliti seperti masjid dan sekolah untuk berkempen.

Menerusi sebuah hantaran dalam Facebook pada hari ini, PN Gombak turut mengesahkan perkara tersebut.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

118,559FansLike
731FollowersFollow
962FollowersFollow

Berita Terkini