Kerajaan Negeri Terengganu berpendapat bahawa keadaan banjir terkawal, walaupun Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar tiada.
Hanafiah Mat, seorang lelaki yang merupakan EXCO Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu berkata dia sangat berpuas hati dengan semua pihak membantu mangsa banjir di negeri tersebut.
“Sebagai Timbalan Pengerusi pengurusan bencana negeri, saya sangat berpuas hati di semua lapangan dan pusat penempatan sementara.”
“Semua EXCO dan juga wakil rakyat juga memainkan peranan dengan sangat baik,”
Hanafiah yang juga ADUN Cukai memaklumkan, Ahmad Samsuri memang berada di Auckland dan akan pulang pada hari ini.
Tetapi soal ketidakberadaan Ahmad Samsuri di Terengganu tidak berbamgkit.
“Tidak timbul soal ketiadaan menteri besar di Terengganu kerana semua urusan banjir disini terkawal.”
“Insya-Allah menteri besar akan balik dari New Zealand hari ini, tapi jam berapa, tidak dapat dipastikan.”
Pada hari Isnin yang lalu, Friends of Selangor mendedahkan bahawa Ahmad Samsuri kini berada di luar negara walaupun Terengganu sedang dilanda banjir.
Butiran jadual perjalanan seperti pas penerbangan turut dikongsikan pada awal pagi tadi.
Setakat semalam, hampir 40,000 mangsa direkodkan di seluruh negeri Terengganu.
Keadaan tersebut mendorong Kerajaan Negeri Selangor menyumbang RM500,000 kepada Kerajaan Negeri Terengganu untuk tujuan membantu mangsa-mangsa banjir.