26.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, August 17, 2022

Malaysia Sambut Baik Ketibaan Menteri Lesbian Dari Australia

Kementerian Luar Malaysia (Wisma Putra) dalam satu kenyataan pada hari Isnin memaklumkan bahawa lawatan ini akan mengukuhkan lagi hubungan erat yang telah lama terjalin antara Malaysia dan Australia sebagai Rakan Kongsi Strategik Komprehensif (CSP).

Pada hari Selasa, Senator Wong telah memulakan lawatan kerja tiga hari ke Malaysia dengan sebuah pertemuan bersama Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

Pertemuan tersebut melibatkan pertukaran pandangan mengenai pelbagai isu dua hala, serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.

Senator Wong juga dijadual mengadakan pertemuan secara berasingan dengan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bagi membincangkan isu-isu berkaitan kerjasama dua hala dalam perdagangan dan pelaburan, serta pertahanan.

Untuk rekod, Senator Wong merupakan Ahli Parlimen Australia pertama yang mengaku dirinya lesbian secara terbuka.

Pengakuan tersebut diisytiharkan pada tahun 2002, sebulan selepas memenangi Pilihan Raya untuk kawasan Selatan Australia.

Pada tahun 2008, beliau telah melakar sejarah menjadi Ahli Kabinet Australia pertama yang dilahirkan di Asia.

Perjuangan LGBTQI di Australia telah mencapai kemenangan besar pada tahun 2017, apabila Parlimen meluluskan Rang Undang-undang yang mengiktiraf kedudukan perkahwinan secara gay dan lesbian.

Antara pemimpin-pemimpin politik yang menyokong dasar tersebut adalah Senator Wong.

Wong dan pasangannya, Sophie Allouache mempunyai dua orang anak, iaitu Alexandra dan Hannah.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

118,559FansLike
731FollowersFollow
436FollowersFollow

Berita Terkini