32.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, February 8, 2023

Lelaki Gantung Diri Selepas Positif Covid-19

Seorang lelaki berusia 56 tahun ditemukan tergantung di jejantas Taman Impian Ehsan, Balakong di sini pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor menerima panggilan pada pukul 9.50 pagi.

Jurucakap JBPM Selangor berkata, sebanyak 10 anggota dan pegawai bomba dari Balai Bomba Penyelamat Bandar Tun Hussein Onn dikejarkan ke lokasi kejadian untuk mengangkat mangsa.

Katanya, pasukan yang diketuai PBK II Amirullah Jamaludin itu tiba di lokasi kejadian pada pukul 9.54 pagi.

“Ketika tiba, seorang lelaki ditemukan tergantung dipercayai membunuh diri.”

“Kerja-kerja menurunkan mayat dijalankan dan diserahkan pada pihak polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, maklumat awal daripada waris mendapati mangsa disyaki dijangkiti Covid-19.

“Dia mengatakan tidak tahan dengan sakit yang dialaminya seperti batuk, demam dan sesak nafas. Mayat dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Kajang untuk tujuan bedah siasat,” katanya.

CARELINE: Pihak yang menghadapi isu-isu dan cabaran-cabaran dijemput menghubungi Talian Sahabat by Pusat Kaunseling Selangor di 03-55447668, 03-55212272 ataupun 03-55190500.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

118,559FansLike
731FollowersFollow
962FollowersFollow

Berita Terkini