32.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, February 8, 2023

Lebih 10 Kes Bunuh Diri Di Pulau Pinang Setiap Bulan, Ketika PKP

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bukan sahaja memberi kesan kepada ekonomi, malah turut menjejaskan kesihatan mental kepada rakyat.

Baru-baru ini, Pulau Pinang telah melaporkan bahawa negeri tersebut mencatat 53 kes membunuh diri ketika pelaksanaan beberapa siri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di antara bulan Januari sehingga Mei 2021.

Data itu dikongsi oleh Ketua Menteri, Chow Kon Yeow pada hari Isnin, 21 Jun 2021.

Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang

Selain itu, sebanyak 19 lagi kes cubaan bunuh diri turut dilaporkan berlaku di negeri ini.

Saadon Montar yang merupakan Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Pulang Pinang berkata, siasatan pihaknya mendapati kes-kes membunuh diri adalah akibat tekanan ekonomi, kehilangan kerja, putus punca pendapatan dan sekatan pergerakan.

Pada 22 Mei yang lalu, Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut mengaku bahawa sepanjang tempoh PKP dilaksanakan, terdapat banyak kes bunuh diri telah dilaporkan.

Namun, perkara itu tidak dihebohkan.

Ismail Sabri, Menteri Kanan Pertahanan

“Di sini saya nak maklumkan sewaktu PKP 1.0 terdapat banyak kes membabitkan masalah mental, kes bunuh diri juga banyak berlaku, cuma kita tidak hebohkan perkara ini,” kata Ismail Sabri.

Data di atas merupakan peningkatan berbanding tahun 2020.

Pada tahun 2020, 226 kes telah dicatatkan di seluruh negara di antara Januari sehingga November 2020, iaitu kenaikan 20% berbanding tahun 2019.

Di peringkat negeri Selangor, kesihatan mental telah diberi perhatian khusus sejak hujung tahun 2017, apabila sebuah peruntukan sebanyak RM1 juta telah dibentangkan melalui Belanjawan Selangor 2018.

Kerajaan Negeri Selangor merupakan antara kerajaan yang terawal menyediakan peruntukan bagi menangani masalah-masalah kesihatan mental.

Pendanaan kepada usaha-usaha membantu rakyat berdepan dengan kemurungan dan tekanan emosi telah berterusan sehingga sekarang, di mana sekurang-kurangnya RM1 juta diperuntukkan setiap tahun melalui belanjawan tahunan Negeri Selangor.

Pada bulan April 2020, Negeri Selangor telah meningkatkan lagi usaha-usah menjaga kesihatan mental, dan menjadi kerajaan terawal di Malaysia menyediakan peruntukan khusis untuk menangani masalah-masalah kesihatan mental ketika PKP dilaksanakan.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari telah mengumum sebuah peruntukan tambahan sebanyak RM1 juta melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prihatin 2.0.

Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor

Selain itu, di peringkat EXCO dan Ahli Dewan Undangan Negeri, beberapa pemimpin seperti YB Dr. Siti Mariah dan YB Michelle Ng turut dikenali sebagai pemimpin-pemimpin yang sentiasa mendepankan perbincangan-perbincangsn umum mengenai masalah kesihatan mental.

Sesi perbincangan anjuran Dr. Siti Mariah, EXCO Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga

Forum anjuran Michelle Ng, ADUN Subang Jaya

Pihak yang menghadapi isu-isu dan cabaran-cabaran dijemput menghubungi Talian Sahabat by Pusat Kaunseling Selangor di 03-55447668, 03-55212272 ataupun 03-55190500.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

118,559FansLike
731FollowersFollow
962FollowersFollow

Berita Terkini