32.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, August 17, 2022

Kita Selangor 2.0 Dijangka Beri Perhatian Khusus Kepada Golongan M40, Sektor Swasta

Pakej Rangsangan Ekonomi Kita Selangor 2.0 dijangka akan memberi perhatian khusus kepada golongan M40 dan golongan sektor swasta.

Seorang sumber dalaman mendedahkan bahawa Kerajaan Negeri Selangor telah berbincang dan membuat ketetapan untuk membantu golongan M40 dan sektor swasta.

“Ya. Kami telah berbincang tentang perhatian khusus untuk golongan M40 dan sektor swasta. Ada sudah ketetapan. Tunggu MB umum.”

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari

Ditanya lebih lanjut, sumber dalaman itu menjelaskan bahawa keputusan sedemikian dibuat berdasarkan hakikat bahawa ekonomi Selangor banyak bergantung pada golongan M40 dan sektor swasta.

“M40 dan sektor swasta adalah tenaga kerja utama yang menggerakkan ekonomi Selangor. Jadi kalau kita mahu kekalkan Selangor sebagai gedung ekonomi negara Malaysia, mereka harus diberi perhatian.”

“InsyaAllah pelbagai bentuk bantuan yang bakal diumum akan membantu M40 dan sektor swasta meningkatkan ‘disposable income’ (pendapatan boleh guna) dan ‘retain jobs’ (mengekalkan pekerjaan).”

Sumber dalaman itu juga berkata, Kerajaan Negeri Selangor akan memanfaatkan kelebihan Selangor sebagai negeri yang mempunyai jaringan perhubungan yang terluas di negara.

“Kerajaan Negeri Selangor juga akan ‘leverage’ (memanfaatkan) kedudukan kita sebagai negeri dengan ‘connectivity’ (jaringan perhubungan) yang terluas di Malaysia.”

“Ini kelebihan Selangor yang tidak ada pada mana-mana negeri lain. Jadi kita akan guna kelebihan kita untuk membantu rakyat.”

Pakej Kita Selangor 2.0 akan diumum pada pukul 2 petang hari ini.

Pakej Kita Selangor 2.0 bakal menjadi Pakej Rangsangan Ekonomi keempat yang diumum oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Dua Pakej Rangsangan Ekonomi yang berjudul Selangor Prihatin Fas Pertama (RM127.8 juta) dan Selangor Prihatin Fasa Kedua (RM272.5 juta) telah diumum pada bulan Mac 2020 dan April 2020.

Kerajaan Negeri Selangor kemudiannya mengumumkan Pakej Kita Selangor 1.0 (RM73.9 juta) pada bulan Januari 2021.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

118,559FansLike
731FollowersFollow
436FollowersFollow

Berita Terkini