32.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, February 8, 2023

Kerjasama PN-BN: Tunggu Dan Lihat, Kata Muhyiddin

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin enggan menafi kemungkinan gabungan pimpinannya menjalin kersama dengan Barisan Nasional (BN) selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau berkata buat masa ini, pihaknya mahu mengambil pendekatan tunggu dan lihat berhubung kenyataan Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan kesediaannya bekerjasama dengan mana-mana gabungan, sekiranya parti itu tidak dapat meraih majoriti mudah.

“Saya tak kata ya atau tidak,” kata Muhyiddin kepada pemberita selepas sesi santai bersama penduduk di Warung Lorong Paip, Muar pada hari Ahad.

Katanya apabila tiba masanya perkara itu akan dibincangkan di peringkat Majlis Pimpinan PN terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dibuat.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai laporan akhbar berbahasa Inggeris semalam yang memetik kenyataan Ahmad Zahid yang sedia untuk bekerjasama dengan mana-mana gabungan parti sekiranya BN gagal mendapat majoriti mudah.

Zahid Hamidi

Ahmad Zahid yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Bagan Datuk dipetik sebagai berkata BN juga bersedia dengan apa sahaja cara, asalkan dapat membentuk kerajaan persekutuan yang stabil dari segi politik.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

118,559FansLike
731FollowersFollow
962FollowersFollow

Berita Terkini