28.6 C
Kuala Lumpur
Monday, May 23, 2022

Hadi: Tiada Keperluan Merombak Kabinet

PAS berpandangan bahawa tiada keperluan untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merombak barisan kabinet Kerajaan sedia ada.

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, ini kerana semua jemaah menteri yang dilantik dilihat telah menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan baik.

“Saya harap Menteri sedia ada dikekalkan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguan di Masjid Rusila, Marang hari ini.

Kenyataan Hadi secara tidak langsung memberi isyarat bahawa parti PAS menolak desas desus yang mencadang agar Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

“Saya tidak dengar dan tidak dapat maklumat (rombakan kabinet). Biasanya kami bincang juga tapi belum terima apa-apa lagi, jadi ia mungkin hanya khabar angin,” katanya.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

118,559FansLike
731FollowersFollow
438FollowersFollow

Berita Terkini