32.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, February 8, 2023

Had Kuasa PBT: Zuraida Keliru Tentang Akta 342 Sebab Tidak Duduk Dalam MKN

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin telah hari ini, 15 Julai 2021 mendakwa bahawa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mempunyai kuasa menutup kilang.

Editorial ini merupakan jawapan balas kepada kenyataan Zuraida yang mengelirukan rakyat:

1. Bila Perintah Kawalan Pergerakan diisytiharkan berkuatkuasa pada 18 Mac 2020, punca kuasanya diperincikan melalui Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

2. Peraturan-peraturan PKP ini dikuatkuasakan oleh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan RELA, melalui Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 yang dikenali sebagai Akta 342. Tidak disebut langsung peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sepanjang tahun 2020.

Kenyataan media Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Perdana Menteri (JPM) bertarikh 18 Mac 2020

Pengakuan PM (klip untuk dengar)

Pengakuan TPM (klik untuk dengar)

3. Penglibatan PBT hanya bermula pada tahun 2021, selepas Kerajaan Negeri Selangor mendesak supaya PBT disertakan dalam usaha mengekang wabak Covid-19.

4. Kerajaan Persekutuan / MKN telah bersetuju, tetapi penglibatan PBT masih terhad, kerana kuasa PBT masih terikat dan tertakluk kepada peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan.

5. Ini bermakna, PBT hanya boleh bertindak seperti apa yang telah diarah atau dipersetujui oleh Kerajaan Persekutuan / MKN. PBT tidak boleh bertindak di luar batasan apa yang belum dipersetujui atau belum diarah oleh Kerajaan Persekutuan / MKN.

6. Sebagai contoh, jika Kerajaan Persekutuan / MKN membenarkan kilang-kilang tertentu beroperasi, maka PBT tidak boleh kompaun atau menutup kilang-kilang tersebut.

  • PBT tidak boleh melarang jika Kerajaan Persekutuan / MKN tidak melarang.

7. Sebagai contoh lagi, jika Kerajaan Persekutuan dan MKN melarang premis-premis makanan beroperasi melebihi pukul 7 malam, maka PBT boleh mengeluarkan kompaun terhadap premis-premis makanan yang beroperasi melebihi pukul 7 malam.

  • PBT boleh melarang jika Kerajaan Persekutuan / MKN melarang.

8. Perlu diingatkan bahawa PBT sebagai penguatkuasa hanya boleh bertindak dalam batasan kuasa yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan / MKN. Ini seperti pihak polis yang boleh mengeluarkan saman kepada orang yang melanggar lampur merah, kerana pelanggaran lampur merah telah ditetapkan dalam undang-undang.

9. Tetapi pihak polis tidak boleh mengeluarkan saman kepada orang yang melanggar lampu jingga atau lampu hijau, kerana pelanggaran lampu jingga atau lampu hijau bukan perkara yang tidak dibenarkan oleh undang-undang.

10. Secara kesimpulannya, PBT tidak boleh menutup kilang-kilang yang telah dibenar beroperasi oleh Kerajaan Persekutuan dan MKN, kerana ini akan mengakibatkan PBT bertindak di luar batasan kuasa dan terdedah kepada saman kerana bertindak di luar batasan kuasa.

Mungkin Zuraida tidak sedar tentang Akta 342 dan batasan kuasa-kuasa Akta 342, kerana Zuraida bukan anggota MKN.

Walau bagaimanapun, Zuraida boleh merujuk kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang merupakan Timbalan Pengerusi MKN sebelum Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengambil alih baru-baru ini. Tak pun, rujuk terus kepada Perdana Menteri yang merupakan Pengerusi MKN.

Keanggotaan MKN

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

118,559FansLike
731FollowersFollow
962FollowersFollow

Berita Terkini