30.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, February 8, 2023

Dipotong Gaji, Elaun Menteri/Timbalan Masih Mampu Cecah RM96,000 Sebulan

Menteri-menteri dan Timbalan-timbalan Menteri di Malaysia masih mampu menerima elaun mencecah RM96,000 sebulan.

Barisan Menteri (32 orang)

Barisan Timbalan Menteri (38 orang)

Ini kerana pendapatan Menteri-menteri dan Timbalan-timbalan Menteri di Malaysia terbahagi kepada tiga jenis, iaitu gaji pokok, imbuhan tetap dan komponen berubah.

Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yassin telah umum bahawa semua Menteri dan Timbalan Menteri akan menerima potongan gaji pokok selama tiga bulan, untuk disumbangkan kepada Tabung Covid-19.

Namun, potongan gaji ini hanya melibatkan gaji pokok. Ia tidak melibatkan sumber-sumber pendapatan lain seperti imbuhan tetap dan komponen berubah.

Setakat ini, potongan gaji pokok Menteri-menteri adalah sekitar RM14,907 sebulan, manakala gaji pokok Timbalan-timbalan Menteri adalah sekitar RM10,847 sebulan.

Keratan infografik The Star, portal milik MCA

Meskipun gaji pokok dipotong, senarai imbuhan-imbuhan tetap dan komponen-komponen berubah seperti di bawah akan diteruskan.

IMBUHAN TETAP

  1.  Elaun hiburan: RM14,500
  2. Elaun perumahan: RM10,800
  3. Elaun percutian: RM10,000 (RM120,000 setahun)
  4. Elaun khas: RM4,000
  5. Elaun pemandu: RM4,000
  6. Elaun pembantu Rumah: RM2,500
  7. Elaun perjalanan: RM1,500
  8. Elaun petrol: Tanpa had
  9. Elaun bil elektrik: Tanpa had
  10. Elaun bil air: Tanpa had
  11. Elaun telefon: Tanpa had
  • Jumlah imbuhan tetap: RM47,300 sebulan

KOMPONEN BERUBAH

  1.  Elaun bersidang: Sehingga RM12,000 (RM400 sehari)
  2. Elaun hotel: Sehingga RM12,000 untuk tugasan dalam negara melebihi 32km dari kediaman (RM400 sehari)
  3. Elaun makanan: Sehingga RM10,200 untuk urusan rasmi di luar negara (RM340 sehari), RM5,400 di dalam negara (RM180 sehari)
  4. Elaun mesyuarat rasmi: Sehingga RM9,000 sebulan (RM300 sehari)
  5. Elaun perbelanjaan tugasan rasmi: Sehingga RM5,100 untuk urusan di luar negara (RM170 sehari), RM3,000 untuk urusan di dalam negara (RM100 sehari)
  • Jumlah komponen berubah: Sehingga RM48,300 sebulan

Imbuhan tetap RM47,300/bulan + Komponen berubah sehinhga RM48,300/bulan = RM95,600/bulan

Nota editor: Jumlah imbuhan tetap dan komponen berubah yang disenaraikan adalah termasuk elaun ahli-ahli jemaah Menteri atau Timbalan Menteri selaku Ahli Parlimen

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

118,559FansLike
731FollowersFollow
962FollowersFollow

Berita Terkini