Seorang lelaki di Ampang telah mengibarkan #BenderaPutih selepas diabai oleh Ahli Parlimen kawasannya, Zuraida Kamaruddin.
Dipercayai, lelaki tersebut yang dikenali oleh orang tempatan sebagai Pak Atan merupakan penduduk setinggan yang berada di sekitar 3 Towers, Ampang Hilir.
Menurut penjelasan Kak Mira yang merupakan pengasas NGO #WeListenPack, Pak Atan telah dibantu oleh NGOnya.
Namun, bendera putih dikibarkan sebagai tanda protes terhadap kegagalan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin membela nasibnya.
Selain Pak Atan, seorang lagi anak jati Ampang turut meluahkan perasaan kecewanya kerana diabai oleh Zuraida.
“YB kita (Zuraida) memang tiada langsung jiwa rakyat. Dan dia tak tahu langsung selok belok kawasan Ampang,” kata Firdaus sambil mengeluh.
Untuk rekod, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin juga merupakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Semalam, melalui satu posting Facebook, Zuraida telah mengisytihar sokongan beliau kepada kempen #BenderaPutih.
Perisytiharan Zuraida bagaimanapun, telah membangkitkan kemarahan orang ramai kerana seolah-olah cuba “hijack” sebuah inisiatif orang awam.