32.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, February 8, 2023

BNM: Jumlah Hutang Meningkat Jika Ambil Moratorium

Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengakui bahawa pengambilan moratorium akan meningkatkan jumlah hutang peminjam.

Melalui sebuah kenyataan media yang dikeluarkan semalam, BNM menjelaskan bahawa peminjam perlu memahami bahawa dengan mengambil bantuan bayaran balik pinjaman, kos pinjaman akan meningkat secara keseluruhan.

Ini kerana faeadah/keuntungan masih tetap diakru (terkumpul atau bertambah sedikit demi sedikit) terhadap bayaran yang ditangguh.

Dalam eeti kata lain, faedah akan dikenakan terhadap hutang pokok yang tertangguh sepanjang moratorium enam bulan.

Maka dengan mengambil kira jumlah faedah terakru tersebut, jumlah besar yang perlu dibayar balik oleh peminjam di masa akan datang juga akan meningkat.

“Apabila peminjam memohon agar bayaran rendah dikekalkan selepas moratorium (berbanding bayaran asal), ini menyebabkan tempoh pembiayaan ditangguhkan untuk masa lebih lama,” kata kenyataan tersebut.

Pada 28 Jun lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), yang antara lain memperluaskan pemberian moratorium kepada semua golongan termasuk B40, M40 dan T20, di samping perusahaan mikro dan PKS yang terjejas dengan pelaksanaan PKP.

Susulan pengumuman Perdana Menteri, Friends Of Selangor pada 29 Jun telah menerbit sebuah editorial untuk mengingatkan rakyat supaya berhati-hati dengan pengambilan moratorium.

Pihak Friends Of Selangor dalam editorial tersebut, menyebut bahawa moratorium ini sebenarnya suatu bentuk “refinancing” (pembiayaan semula).

Dalam dunia perbankan, pakej-pakej pembiayaan semula (refinancing) lazimnya ditawar kepada golongan yang tidak mampu melangsaikan hutang atau golongan yang berada di ambang kemuflisan.

Ianya diakui mampu memberi kelegaan buat sementara, tetapi dalam jangka masa panjang, ia meningkatkan jumlah hutang peminjam, meningkatkan keuntungan bank dan menjadikan peminjam terikat kepada bank untuk tempoh yang lebih lama.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

118,559FansLike
731FollowersFollow
962FollowersFollow

Berita Terkini