32.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, February 8, 2023

Blogger Berbayar Biadap, Putar Belit Kenyataan Sultan Selangor

Kebiadapan Raja Petra Kamaruddin terhadap Tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj harus diambil tindakan sewajarnya.

Raja Petra Kamaruddin

Baru-baru ini, DYMM Sultan Selangor telah mengeluarkan sebuah kenyataan akhbar untuk menzahirkan rasa dukacita baginda terhadap dua perkara, susulan daripada penularan wabak berbahaya Covid-19 yang melanda negara sejak tahun lalu.

PERTAMA, Baginda sedih dan kecewa kerana terpaksa memutuskan untuk terus mengehadkan fungsi masjid-masjid dan surau di seluruh Negeri Selangor.

KEDUA, Baginda sedih dan dukacita apabila melihat peningkatan angka-angka kematian akibat wabak Covid-19 di seluruh pelusuk Negeri Selangor.

DYMM Sultan Selangor menegaskan bahawa masjid di Negeri Selangor tidak pernah ditutup dan bukan sesuatu yang mudah untuk Baginda menitahkan agar masjid-masjid mengehadkan kehadiran jemaah untuk menunaikan solat-solat Fardhu dan Solat Jumaat.

Dalam kenyataan 16-perenggan tersebut, Sultan Sultan tidak pernah menyentuh isu-isu yang berbaur politik, seperti menyalahkan Kerajaan Negeri Selangor.

Malah Baginda telah mengambil sikap berkecuali dalam ketegangan di antara Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan.

Walau bagaimanapun, RPK yang terkenal sebagai seorang blogger berbayar, telah membuat keputusan untuk memutarbelit kenyataan Tuanku.

Melalui portal malaysia-today.net, RPK telah memuatnaik sebuah tulisan yang bertajuk “Sultan Selangor Dukacita: Kerajaan Selangor Kerajaan Gagal”.

Tajuk berita tersebut tidak mencerminkan langsung kenyataan sebenar Sultan Selangor.

Sebaliknya ia suatu usaha memutarbelit kenyataan Baginda untuk tujuan politik pihak-pihak tertentu.

Siapakah RPK?

RPK merupakan seorang blogger yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Negeri (ISA) kerana percubaan menggulingkan kerajaan pada April 2001, dan sekali lagi pada September 2008 kerana tulisan mengaitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan pembunuhan Altantuya Shaariibu.

RPK dan Ronnie Liu (kiri), dibebaskan selepas ditahan kali kedua di bawah ISA

Pada Mei 2008, RPK telah didakwa di mahkamah di bawah Akta Hasutan 1948 kerana sebuah tulisan yang mengaitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan pembunuhan Altantuya Shaaribu.

Perbicaraan kes tersebut telah bermula pada tahun 2009, tetapi RPK telah gagal menghadirkan diri ke mahkamah sebanyak dua kali pada bulan Mac dan April.

Alasannya? Dibuang daerah kendiri kerana menderhaka terhadap institusi Diraja Selangor.

Sejak itu, RPK telah tidak kelihatan di Malaysia. Beberapa sumber menyatakan bahawa RPK telah melarikan diri ke Manchester, United Kingdom, dan perkara ini disahkan oleh RPK sendiri.

Sepanjang kerjaya sebagai blogger dan penulis, RPK pernah beberapa mengaku dibayar untuk menulis propaganda dan memutarbelit fakta sebagai senjata politik politik.

Dalam suatu tulisan dalam blognya pada Mac 2012, RPK telah mengaku dijanji dan dibayar beribu-ribu ringgit untuk mengepalai “Kempen Bebaskan Anwar” di antara tahun 2000 hingga tahun 2004.

Selepas diburu oleh polis pada sekitar 2009, pendirian politik RPK telah menjadi tanya, susulan tulisan-tulisan yang semakin pro-BN.

RPK dan Lokman Adam, penyokong tegar Najib

Menjawab persoalan-persoalan tersebut, dalam suatu wawancara bersama Malaysia Outlook pada Mei 2017, sekali lagi RPK mengaku dibayar untuk menulis.

Dalam wawancara tersebut, RPK juga mengakui pernah terlibat dalam rasuah untuk memperolehi tender-tender kerajaan berjumlah RM100 juta, sepanjang kerjayanya sebagai agen motosikal sebelum menjadi blogger.

Pada sekitar bulan Ogos 2019, RPK telah mengaku merupakan seorang ahli PAS. Tulisan yang dimuatnaik ke laman web malaysia-today.net juga mengaku bahawa beliau selalu cium tangan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika berjumpa.

RPK dan pemimpin-pemimpin tertinggi PAS di UK (2019)

Pada September 2019, Setiausaha Agung DAP, susulan satu tuduhan rasuah berkenaan projek terowong di Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah mengemukakan saman fitnah terhadap RPK.

Mahkamah pada Februari 2020 memutuskan bahawa Lim menang.

Kemudian pada Mei 2021, Mahkamah sekali pagi mengisytihar bahawa RPK perlu membayar RM600,000 sebagai ganti rugi terhadap Lim.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

118,559FansLike
731FollowersFollow
962FollowersFollow

Berita Terkini