27.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, November 28, 2021

Bekalan Air Dijangka Kembali Lebih Awal

Bekalan air dijangka kembali lebih awal, ekoran kejayaan menyiapkan kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan lebih awal.

Air Selangor melalui sebuah kenyataan hari ini berkata, kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset-aset kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) telah siap dilaksanakan pada jam 5.00 pagi, 14 Oktober 2021.

Selain itu, Air Selangor juga memaklumkan bahawa sehingga jam 6.00 pagi, sistem rawatan air di LRA SSP1 telah distabilkan dan bekalan air telah mula disalurkan ke sistem agihan bekalan air.

“Bekalan kepada para pengguna akan mula disalurkan secara berperingkat-peringkat pada jam 5.00 petang, 14 Oktober 2021.”

“Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air.”

Dalam pada itu, Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari dalam lawatan ke LRA SSP1 semalam berkata, kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan telah selesai sekitar 3 jam lebih awal dari jadual asal.

“Bekalan air akan diagihkan secepat mungkin secara berperingkat bermula 14 Oktober.”

Pada 1 Oktober yang lalu, Air Selangor telah mengeluarkan notis gangguan bekalan air berjadual yang melibatkan 988 kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur.

Menjrit jadual asal, gangguan berjadual ini akan tamat lada pukul 9 malam, 16 Oktober 2021.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

118,559FansLike
731FollowersFollow
438FollowersFollow

Berita Terkini