32.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, February 8, 2023

Azmin Ulangi “Stunt” Bawa Peta, Tapi Kali Ini Gagal

Menteri Kanan, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah mengulangi “stunt” membawa peta ke Dewan, tetapi usaha kali ini gagal memenangi hati rakyat.

Dalam persidangan Dewan Rakyat yang berlangsung hari ini, Azmin telah mengeluarkan beberapa carta dan peta untuk mempertahankan sebuah kenyataan sebelum ini yang mengatakan bahawa kilang bukan penyumbang utama kes-kes Covid-19.

Carta kilang

Usaha Azmin di Parlimen pada hari ini bagaimanapun, gagal menarik sokongan rakyat ke pihaknya.

Hasil “stunt” peta kali ini dilihat menerima maklum balas yang jauh berbeza berbanding sebuah “stunt” yang seumpama pada Mac 2018.

Pada Mac 2018, Azmin sebagai Menteri Besar Selangor telah mengeluarkan peta kawasan Ijok, untuk mempertahankan cara penyelesaian kepada isu tanah di kawasan tersebut.

Peta Ijok

Pihak Friends Of Selangor pernah memuatnaik video penuh tersebut pada 29 Mac 2018.

Pada ketika itu, “stunt” peta Azmin menerima sambutan yang amat positif oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Semakan ke video tersebut mendapati video tersebut telah ditonton melebihi 1.9 juta kali, dikongsi lebih 51 ribu kali dan mendapat lebih 60 ribu pujian.

Namun, hasil “stunt” hari ini menerima sambutan yang sungguh berbeza kerana rakyat tidak lagi percaya kepada Azmin.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

118,559FansLike
731FollowersFollow
962FollowersFollow

Berita Terkini