Lawatan Menteri Luar Australia, Senator Penny Wong begitu unik kerana beliau sendiri berasal dari Malaysia dan berhijrah ke Australia ketika berusia lapan tahun.
Kunjungan beliau ke negara ini telah dirai Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada hari Rabu.
Untuk rekod, Senator Wong merupakan Ahli Parlimen Australia pertama yang mengaku dirinya lesbian secara terbuka.
Pengakuan tersebut diisytiharkan pada tahun 2002, sebulan selepas memenangi Pilihan Raya untuk kawasan Selatan Australia.
Pada tahun 2017, perjuangan LGBTQI di Australia telah mencapai kemenangan besar apabila Parlimen meluluskan Rang Undang-undang yang mengiktiraf kedudukan perkahwinan secara gay dan lesbian.
Antara pemimpin-pemimpin politik yang menyokong dasar tersebut adalah Senator Wong.
Wong dan pasangannya, Sophie Allouache mempunyai dua orang anak, iaitu Alexandra dan Hannah.