Calon Perikatan Nasional, iaitu Datuk Seri Mohamed Azmin sedang ketinggalan di kawasan Parlimen Gombak.
Menurut laporan di borang 14 yang telah ditandatangani oleh wakil-wakil calon di pusat pengiraan undi, calon Pakatan Harapan (PH), iaitu Datuk Seri Amirudin Shari berjaya memperolehi 56,546 undi setakat 11.20 malam, manakala Azmin meraih 44,918 undi.
Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Megat Zulkarnain berada di tempat ketiga dengan 23,333 undi.
Dua lagi calon, Jamaludin Md Tahir (GTA) dan Zulkifli Ahmad (Bebas) di tempat tercorot dengan 1,614 undi dan 509 undi.
Gombak mempunyai sejumlah 206,744 pengundi.