27.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 1, 2022

Anwar: Orang Melayu Terhutang Budi Dengan Kit Siang

Orang Melayu terhutang budi kepada mentor DAP, Lim Kit Siang kerana mendidik orang ramai mengenai hak mereka di negara ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam berkata, Kit Siang telah bersuara bukan sahaja mengenai politik dan negara, tetapi juga mengenai sensitiviti kaum dan persepsi kaum.

“Kit Siang berbeza dengan pemimpin-pemimpin Melayu tertentu yang secara terbuka mengkritik komuniti itu,” katanya.

“Berbeza dengan tanggapan sesetengah orang bahawa Melayu ini malas, bergantung kepada subsidi, tak kenang budi, senang lupa, Kit Siang berpendapat orang Melayu bekerja keras, tiada istilah peribumi malas,” kata Anwar dalam satu ucapan pada majlis makan malam penghargaan buat veteran DAP itu malam tadi.

Mengiktiraf sumbangan Kit Siang kepada politik Malaysia, Anwar berkata, tiada gelaran ‘Datuk’, ‘Tan Sri’ mahupun ‘Tun’ yang boleh menandingi ketokohan Kit Siang yang seumpama “fenomena” di negara ini.

“Dan sebagai rakyat Malaysia dan orang Melayu, kami terhutang budi dengan anda, Kit Siang, kerana mendidik orang ramai mengenai hak mereka di negara ini,” katanya.

Anwar memuji Kit Siang atas integriti dan iltizamnya untuk kekal konsisten dan tidak pernah mengalah, serta tidak pernah berkompromi dengan nilai dan prinsipnya.

“Dalam politik, kita perlukan integriti, keberanian dan kecekalan ini. Kualiti ini terjelma dalam diri Kit Siang. Rakyat Malaysia akan sentiasa bangga dengan anda,” katanya.

Kit Siang yang berumur 81 tahun telah mengumumkan persaraannya daripada arena politik dan menarik diri daripada pemilihan untuk kerusi dalam jawatankuasa eksekutif pusat parti.

Bagaimanapun, beliau kemudiannya dinamakan sebagai mentor oleh Jawatankuasa Pusat DAP.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

118,559FansLike
731FollowersFollow
731FollowersFollow

Berita Terkini