27.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, February 8, 2023

Amirudin Sekolahkan Azmin: Kilang Sumbang 80%, Bukan 5%

Kenyataan Menteri Kanan, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa kilang-kilang hanya menyumbang 5 hingga 10% kes-kes Covid-19 telah ditempelak oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Dalam suatu pengumuman khas semalam, Datuk Seri Amirudin Shari yang merupakan Menteri Besar Selangor berkata bahawa 91% kluster di negeri ini berpunca daripada pekerjaan, iaitu 80% kluster perkilangan dan 11% kluster tapak binaan.

“Mengikut angka dan data terkini, 91% kes di Selangor berpunca daripada pekerjaan, iaitu 80% Kluster Perkilangan dan 11% Kluster Tapak Bina, bersamaan dengan 125 Kluster daripada dua sektor ini,” katanya dalam pengumuman khas SelVAX secara maya.

Sehubungan itu, beliau berkata, Kerajaan Negeri Selangor melalui SelVAX telah menyediakan dua juta dos vaksin untuk satu juta pekerja industri kilang dan pembinaan, dalam usaha melindungi semua daripada penularan wabak ini.

“Dengan memberikan vaksin kepada pekerja kilang dan industri, kita dapat mengawal dan mengurangkan kadar perebakan Covid-19, secara tidak langsung akan melindungi kita semua.”

Program Vaksin Selangor (SelVAX) adalah usaha kerajaan negeri mempercepatkan proses vaksinasi rakyat dengan mengenalpasti kumpulan sasaran (SelVAX Komuniti) serta memelihara pekerja (SelVAX Industri).

Baru-baru ini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah meminta orang ramai supaya tidak menyalahkan sektor pembuatan dan perkilangan.

Dakwa Azmin, kes positif Covid-19 melibatkan sektor pembuatan dan perkilangan hanya 5 hingga 10 peratus sahaja.

Kenyataan Azmin bagaimanapun, dikritik oleh masyarakat umum.

Untuk rekod, kilang-kilang di seluruh negara telah dibenar beroperasi oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang diketuai oleh Azmin.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

118,559FansLike
731FollowersFollow
962FollowersFollow

Berita Terkini