23.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, November 28, 2021

Air Di Selangor Pulih, Johor Pula Tiada Air

Kawasan Kampung Sinaran Baru dan Kampung Maju Jaya yang terletak di Tebrau, Johor telah mengalami gangguan bekalan air sejak tiga hari yang lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Batu, Jimmy Puah Wee Tse melalui sebuah perkongsian dalam Facebook hari ini berkata, pihaknya amat kecewa dengan Kerajaan Negeri Johor yang diketuai oleh UMNO.

“Kawasan Kampung Sinaran Baru dan Kampung Maju Jaya sudah lebih 72 jam putus bekalan air!”

“Harap pihak SAJ boleh giatkan usaha menyambung balik air dan sementara ini menghantar lori tangki air ke kawasan kampung yang terdiri daripada warga emas & OKU.”

ADUN dua penggal dari PKR itu juga menambah, pihaknya berharap Menteri Besar Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad dari UMNO melipat gandakan usaha seperti yang ditonjolkan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Selangor telah mengalami gangguan bekalan air berjadual sejak 13 Oktober yang lalu, susulan notis yang dikeluarkan pada 1 Oktober.

Menurut jadual asal, gangguan ini dijangka berakhir pada pukul 9 malam, 16 Oktober.

Pihak Air Selangor memaklumkan, ini kerana kerja-kerja pembaikpulihan dan penyenggaraan aset-aset kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 harus dilakukan.

Paip asbestos berusia 37 tahun yang diganti oleh Air Selangor

Bagaimanapun, kerja-kerja tersebut berjaya disiapkan pada pukul 5 pagi, 14 Oktober, iaitu sekitar tiga jam lebih awal daripada yang dijadualkan.

Setakat pukul 9 malam, 15 Oktober, sekitar 88% kawasan di Selangor telah mula menerima bekalan air.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

118,559FansLike
731FollowersFollow
438FollowersFollow

Berita Terkini