31.4 C
Kuala Lumpur
Monday, May 23, 2022

‘Abang Besar’ China Menceroboh Perairan Negara 23 Kali Pada Tahun 2021

Pemantauan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah merekodkan 23 kes pencerobohan kapal ‘Abang Besar’ China pada tahun 2021.

Dalam jawapan parlimen semalam, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata Pengawal Pantai China (CCG) dikesan berada di perairan negara ini sejak 2013.

“Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah menugaskan kapal perang TLDM untuk berada di perairan tersebut secara berterusan dan diselangi dengan penugasan kapal daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bagi mengukuhkan hak kedaulatan negara melalui pelaksanaan Operasi SATRIA dan Operasi SINAR SAMUDERA.”

“Penugasan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) secara berkala juga membantu dalam aspek pemantauan dan mempertahankan kedaulatan Zon Maritim Malaysia di Laut China Selatan.”

Katanya, kapal China juga sering dikesan berhampiran Luconia Shoals yang terletak dalam ZEE Malaysia di luar pantai Sarawak.

Pada 14 Julai 2020, Jabatan Audit Negara telah mendedahkan bahawa Malaysia merekodkan 89 kes pencerobohan oleh CCG dan Tentera Laut Pembebasan Rakyat (PLAN) di perairan negara antara 2016 dan 2019.

Ketua Juruaudit Negara juga menyatakan bahawa kerajaan China berulang kali mengabaikan notis bantahan mengenai pencerobohan itu.

Bagi meredakan isu berkenaan, Hishammunddin yang merupakan Menteri Luar Negeri pada ketika itu telah mendakwa bahawa kapal pengawal pantai dan tentera laut China sudah tidak ada lagi di perairan Malaysia.

“Terbaharu, dalam 100 hari memimpin Wisma Putra, kapal-kapal China di perairan kita sekarang ini dah tak ada lagi,” katanya pada 15 Julai 2020.

Pelbagai pihak telah mencabar kesahihan kenyataan Hishamuddin.

Sekitar setahun kemudian, pada April 2021, Hishamuddin sekali lagi dilanda kontroversi kerana kenyataan memanggil negara China sebagai “Abang Besar”.

“Kamu (China) akan sentiasa menjadi Abang Besar saya,” kata Hishamuddin dalam suatu sidang media bersama Menteri Luar China, Wang Yi.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

118,559FansLike
731FollowersFollow
438FollowersFollow

Berita Terkini